Hai korang😙😙syokkan kalau cuti lama.Nak2 bila bercuti di kampung.Walau tak buat aktiviti kemana-mana pun, duduk rumah pon dah ok.
Actually aku start cuti 14 Februari hari tu sampailah 24 Februari tapi 24 Februari dah kena balik kolej semula so kira tak cuti laa..hihii..Ok sekarang nie aku nak ceritakan aktiviti yang aku buat sepanjang cuti..
Menjadi lumrah untuk setiap pelajar yang tinggal di hostel aktiviti pertama yang dibuat adalah QADA' TIDUR..hihii..Yelaa cuba bayangkan setiap malam kena stay up siapkan assignment yang belambak so kira adil la qada' tidur kat rumah.Tapi kadang2 aq terpikir jugak perasaan parents bila kita lebih mementingkan tidur daripada luang masa dengan diorang..huhuu..Tapi nak buat macam mana kan?? Dah memang tak cukup tidur..heheh sorry umi abah😅😅..Tapi dah tau tidur banyak ngat, nanti pandai2 lah ambik balik hati parents💁💁..Ok memandangkan aq orang KELANTAN, jarak masa untuk sampai di rumah daripada KEDAH bila naik bas tersangatlah lama oiii..kadang2 kau rasa boleh buat konsert dah atas bas..mana taknya asyik nyanyi jee nak hilangkan bosan hmmm..nak baca buku?? memang tak laa sebab tak pasai2 orang sebelah jadi mangsa muntah aku😓😓..hehee actually AKU MABUK BAS huhuu..so memang adil sangatlah aq QADA' TIDUR..hmmm nak hilangkan rasa mabuk bas bukan kejap tau..
Ok tahun nie sangat menggembirakan aku sebab dapat celebrate birthday dengan family..Birthday aku 15 Februari, walaupon kesemua abang2 aq tidak balik tapi aku bersyukur sebab dapat celebrate dengan abah umi dan adik👪👪..Aku tak celebrate kat luar pon, cukup dengan masakan umi boleh kalahkan chef2 terkemuka tau..hehehe kalau umi baca nie mesti dia bangga😅😅..Bagi aku hadiah terbaik untuk befday adalah masih dikelilingi orang2 tersayang..TERIMA KASIH YA ALLAH💖
Hmmm sape2 cakap yang masa cuti kita enjoy jee puas2 x payah kisah pasal assignments tu memang SALAH!!!! hehehe sebab nanti kau akan rasa TERSIKSA untuk menyiapkan kerja LAST MINUTE..So memandangkan cuti agak lama sikit, aq mula siapkan assignment awal2 cuti tapi x siap jugak pon senanye huhuu..Sebab pertengahan cuti kita boleh enjoy sikit dan saki baki cuti bolehlaa pecut balik siapkan assignment..Haaa time akhir2 cuti laa baru betol2 siapkan💘..Aku tau ada jugak kawan2 aq yang sehari nak balik kolej baru pegang buku😂..BARU PEGANG TAU, tak baca lagi..Haaa ngaku cepat sape yang perangai cegini..KITA BUKAN GENG TAU😇😇..So maksudnya siapkan assignment jugak adalah aktiviti aku masa cuti tu..
Haa asyik duk hadap assignments jee mesti bosan kan??😅😅 So aku pergi laa makan mee celup dengan member2 kat kedai yg tak jauh sangat dengan rumah..Fuhhh dia punya rasa best weiii dan memang puas hati gila..Aku makan dengan kawan sekolah rendah hmm pada masa sama macam reunion laa..yelaaa masing2 last jumpa 3,4 tahun lepas so cuti2 nie laa boleh jumpa👉👈..
Makanan nampak simple jee tapi kami happy..heheh..yelaa orang cakap makanan tak perlu mahal2 asalkan menepati cita rasa kita..Haaa lagi satu, nak makan tak semestinya kena pergi tempat mewah2 kalau kedai tepi jalan lebih sedap..Mahal tak semestinya sedap..
Haa pada 21 Februari, aku pergi ke rumah maklong aku..hmm tak jauh pon..Bukak pintu dapur terus nampak rumah dia😂😂..Hari nie tarikh penting buat sepupu aku (FATIHAH) sebab dia akan bertunang dengan pilihan hatinya..Kira fasa pertama sebelom berkhawin laa..So aku nie penonton tak berbayar jela..hihii
Haaa nie laa gambar bakal pengantin...semoga bahagia laa yee aku doakan..p/s: GAMBAR SEKALI NGAN DIORANG TAKDE..HMMM TAK SEMPAT NAK BEGAMBAR😅😅
Haaa aktiviti aku seterusnya adalah melayan budak2..Actually aku bukannya jenis suka layan budak..Hmmm maklumlah tak pernah merasa ada anak sedara😚..Tapi kadang2 best jugak melayan budak nie sebab akal diorang tinggi..
Haaa sambil dok melayan budak tu, aku basahkan tekak dengan ais krim...best oiii😛😛...Panas2 makan ais krim adalah satu nikmat..Lagi syok bila kita dapat buli budak2 suruh beli ais krim..hahahha redha jee diorang..yelaa nak melawan pon takleh kan sebab kita lagi besar..Tapi buli2 pon diorang dapat habuan jugak tau..Belanja laa ais krim satu..haa kira adil laa tu😈😈
HMMMM 24 FEBRUARI😈😈...Tarikh yg paling sedih buat aq sebab dah kena balik KMK..Tapi nak buat macam mana kan?? Kehidupan seorang pelajar..Tapi inshaaAllah aku betolkan dan ikhlaskan niat aku belajar untuk dapat sebanyak mana ilmu Allah..Memandangkan aku balik ke KMK naik bas KOOP..So umi abah hantar ke stesen bas..Walaupon tak hantar sampai ke kolej, asalkan dapat sama2 dengan umi abah pon dah kira Rahmat yang besar😣
Nie dekat stesen bas...Umi dan abah hantar dan tunggu sehingga bas aku bertolak balik ke KMK😖😖..Aku mintak restu dan mohon maaf dengan umi abah..yelaa lepas PSPM2 pulak baru balik kampung semula...Hmmm tipulaa kalau aku cakap tak sedih masa tu..Hanya Allah jee tau..Pandang muka umi abah buatkan aku lagi rasa bersalah...Hmm aku berdoa agar ALLAH panjangkan umur aku untuk balas jasa umi abah Aamiin..
Haaaaa tamatlah kisah aku sepanjang cuti raya cina...hmmm takde aktiviti sangat pon sebenarnya sebab aku lebih banyak spend time dengan family...huhuu bagi aku tak kisahlah apepon aktiviti yang kita buat asalkan ia bermakna buat kita dan kita gunakan masa sebaik mungkin...SEKIANN......
-TERIMA KASIH SUDI MEMBACA-
0 comments:
Post a Comment