Monday, 12 February 2018 |

Wowwwww BUDU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...adakah anda tertunggu-tunggu post saya?? hehehe..haiii hari ini saya akan menceritakan mengenai nama pena yang dipilih oleh saya sebagai identiti diri untuk blog ini..Saya memilih nama "BUDULICIOUS" iaitu hasil gabungan BUDU + LICIOUS( Sedap) kerana saya amat meminati budu..hihiiii almaklumlah anak jati KELANTAN  laa katakan..Jadi budu memang tidak boleh dipisahkan dalam diri ini.Bak kata pepatah, "Bagai isi dengan kuku"...aicehhhhhh..Jadi, hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai asal usul 'BUDU'...So selamat membaca guysssssss...komen positif-positif jangan lupa yaa..πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š

Budu sejenis makanan yang dikatakan berasal dari pantai timur  khususnya dari kelantan dan terengganu,Budu dibuat dari ikan bilis yang dicampur dengan garam dan beberapa bahan lain dan dijeruk selama masa yang ditetapkan,Tak ramai yang tau asal nama budu,sebab apa dinamakan budu,Kalau dilihat dan ditinjau dari mana budu mendapat nama dan mengapakah budu diberi nama kapada ikan bilis jeruk memang tak menampakan langsung tanda2 budu mendapat nama,sama ada budu dieja dgn huruf rumi atau pun huruf jawi...memang blank 100%..

Beberapa hari yang lalu aku telah kenegeri pahang darul makmur,Tempat tujuan aku ialah kuala lipis Pahang,Aku mempunyai saudara dikuala lipis,Dari situ aku ronda2 dan terjumpa dengan sebuah kampung yang bernama kampung Budu,Agak pelik Nama itu kalau terletak dinegeri Pahang dan tidak pelik kalau kampung budu terletak dinegeri kelantan dan terengganu


Disuatu tempat aku telah berkenalan dengan seorang dan aku bertanya sebab2 nama kampung tu kampung budu dan dari situ lah kawan baru aku telah memberi tahu aku bahawa nama budu yang menjadi makanan kepada penduduk pantai timur mendapat nama,Maksud nya nama budu berasal dari nama kampung budu,beliau telah bercerita dengan panjang lebar,Ceritanya macam ni:

"Lebih dari 100 hingga 200 tahun yang lalu perhubungan antara kampung dan kampung,negeri dengan negeri merupakan sungai,laut dan jalan darat,Hubungan negeri2 kelantan terengganu dan pahang hanya lah berjalan kaki melalui bukit bukau dan sungai sahaja,Persahabatan penduduk antara negeri kelantan,terengganu dan pahang memang sangat erat dan mungkin bukan hanya persahabatan biasa tetapi mempunyai hubungan keluarga.Sehingga sekarang hubungan darat masih diteruskan terutamanya antara kampung bantal pahang dan kampung pasir raja dungun terengganu,

Dizaman penjajahan portugis,belanda dan inggeris ditanah melayu telah menjadi satu kebangkitan penduduk untuk melawan penjajah,(nama2 seperti MAT KILAU,TOK BAHAMAN,TOK GAJAH memang tak akan dilupakan dalam proses kebangkitan melawan penjajah), dan dari situ hubungan antara penduduk negeri menjadi erat dan sentiasa terjalin,dari situ ziarah sebab2 keluarga dan mengatur strateji telah terjadi,Masa yang telah diambil untuk lawatan,ziarah antara tempat ketempat yang lain sangat lama,memerlukan beberapa minggu dan memerlukan bekalan makan dibawa bersama.

Hubungan penduduk kampung budu dan penduduk negeri kelantan sangat erat,Ada hubungan antara penduduk nya kerana menuntut ilmu dan ada antaranya nya sebab2 keluarga dan ada atas sebab2 kebangkitan melawan penjajah,Perjalanan antara kampung budu Pahang dan kelantan melalui bukit memerlukan masa satu minggu atau lebih,salah satu bekalan makan yang dibawa ialah ikan jeruk.Dipertengahan jalan antara tempat yang hendak dituju biasanya akan bertemu dengan rombongan yang sentiasa berulang balik.Ditempat ini mereka akan berhenti makan dan terjadilah perbualan seperti berikut dan percakapan ini sangat penting kerana dari sini lah budu mendapat nama nya,
Orang pertama:  "makan lah,ni dari kampung budu,"
Orang kedua:     "dari kampung budu,"
Orang pertama:  "ya!!! dari kampung budu,"
Makanan yang dimaksudkan dan yang pertama dijamah serta dilihat ialah ikan jeruk yang dikandar didalam guri kecil.Tuan punya guri pun terkejut melihat ikan jeruk nya telah hancur lumat,Mungkin kerana hayunan semasa membawa atau lama masa yang diambil dalam perjalanan.Oleh kerana hanya itu sahaja lauk yang ada, maka makan lah mereka ikan jeruk yang telah hancur itu dengan nasi,Dari situ lah budu mendapat nama dan cerita ini telah dipanjang2kan dan nama budu kekal kapada ikan jeruk yang telah hancur......

Begitu lah cerita macam mana budu mendapat nama,Aku rasa nama budu yang aku dapat ni memang cerita asal dan lojik,setelah difikir2 sebab apa kah ikan yang telah lumat macam tu diberikan nama budu,memang tak ada satu sebab pun ikan jeruk lumat diberi nama budu kalau bukan sebab2 kampung budu itu sendiri.Persoalan nya ialah dari mana kah nama budu itu keluar dan boleh kampung budu mendapat nama nya..Setelah bertanya lagi,aku telah diberitahu kampung budu mendapat nama dari dalam surah Al Fatihah didalam perkataan/ayat
"Iiya kana'budu' waiiya kana'stain"
 (Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.)

Harap faham betul2,nama budu yang menjadi makanan kegemaran penduduk pantai timur bukan lah berasal dari surah Al Fatihah tetapi berasal dari nama kampung budu yang terletak dibenta didaerah kuala lipis Pahang, cuma kampung budu sahaja mendapat namanya dari surah Al Fatihah Sekian :) :) :)


0 comments:

Post a Comment